Wednesday, February 18, 2009
satu perjalanan
Setiap perjalanan yang kita lalui tidak semudah yang kata lihat. Setiap yang bermula mesti ada kesudahannya dan setiap yang hidup pasti akan mati kecuali Allah S.W.T. Namun cabaran yang akan dilalui semasa di awal perjalanan, pertengahan perjalanan dan akhir perjalanan itu sememangnya terlalu banyak yang berlaku dan sukar untuk dijangka. Pernahkan dalam satu perjalanan hidup seseorang itu tidak pernah mengalami masalah?.......... Tiada siapa pun yang tidak pernah bermasalah. Malahan orang kaya pun ada masalah. Hanya jalan hidup yang penuh rasa keimanan, ketaqwaan, keikhlasan, kesabaran dan kejujuran saja boleh menerangi satu perjalanan(hidup) samada di dunia mahupun akhirat. Namun rasa itu semakin sukar kita perolehi kerna kita semakin sibuk untuk kepentingan lain yang makin menggelapkan dan menyempitkan perjalanan kita yang satu itu. Apa yang saya tulis ini adalah sekadar memperingati diri sendiri yang kekadang secara tidak sedar telah leka dengan keduniaan hingga sampai satu masa saya terasa suatu yang saya usahakan semakin sukar untuk diperolehi. Saya sedar setiap yang buruk itu adalah berpunca dari kelemahan saya sendiri, oleh itu saya sendiri perlu menyedarkan diri sendiri agar tidak terbuai oleh syurga dunia yang sementara.
Saturday, February 14, 2009
permata biru


testing power
buat along,angah,achik,uder,uteh,ucu n kak yaya
semester akhir seperti warna langit
birunya disinari mentari
panasnya menerbitkan keringat
jangkanya tidak selama mana
namun kuharap semester ini
kita menemui jalan kejayaan
moga keindahan memori lalu
akan bertapak dihati kita bersama
untuk selamanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)